Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump usul pertengahan Feb bagi sidang kedua dengan Kim Jong Un

Presiden Amerika Donald Trump menyarankan tarikh pertengahan Februari depan bagi pertemuan keduanya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2019 06:33PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 09:40PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Donald Trump menyarankan tarikh pertengahan Februari depan bagi pertemuan keduanya dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Dan tempat bagi pertemuan itu ialah Vietnam.

Menurut laporan akhbar Yomiuri Shimbun, Pyongyang dipercayai sedang menimbangkan usulan tersebut tetapi belum memberikan jawapan rasmi.

Washington dan Pyongyang masih buntu tentang cara melaksanakan persetujuan yang dicapai di sidang pertama antara para pemimpin kedua-dua buah negara, di Singapura, Jun lalu.

Encik Kim sudah berikrar untuk memansuhkan program nuklear Pyongyang sebagai tukar ganti jaminan keselamatan dari Washington.

Kemajuan dalam isu tersebut sudah tergendala kerana Korea Utara mahu sekatan-sekatan ekonomi ke atasnya dikurangkan.

Amerika pula berkeras sekatan-sekatan itu harus dikekalkan sehingga Korea Utara memansuhkan sepenuhnya program nuklearnya.

Dalam ucapan sempena tahun baru yang lalu, Encik Kim memberi amaran Pyongyang mungkin berubah haluan jika Washington mengekalkan sekatan dan tekanan ke atas Pyongyang.

Namun Encik Kim sedia bertemu dengan Presiden Trump pada bila-bila masa saja. 

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan