Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump umum beliau negatif COVID-19 dalam ujian kedua

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Khamis (2 Apr) beliau telah mengambil ujian COVID-19 kedua di Rumah Putih sejak penularan bermula dan keputusannya sekali lagi adalah negatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump umum beliau negatif COVID-19 dalam ujian kedua

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 03 Apr 2020 12:34PM Dikemas Kini : 03 Apr 2020 12:40PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pada Khamis (2 Apr) beliau telah mengambil ujian COVID-19 kedua di Rumah Putih sejak penularan bermula dan keputusannya sekali lagi adalah negatif.

"Saya baru mengambilnya pagi tadi," katanya semasa satu sidang media. "Ia menyatakan presiden diuji negatif bagi COVID-19."

Ini merupakan ujian COVID-19 kedua bagi Encik Trump. Kali ini beliau menggunakan kaedah ujian pantas baru yang menurutnya mengambil masa hanya seminit untuk menjalankan ujian dan kurang 15 minit sebelum hasil ujian diperolehi.

"Saya mengambilnya atas dasar ingin tahu betapa cepat ia dapat dijalankan. Ia lebih mudah. Saya telah menjalani kedua-dua ujian. Ujian kedua lebih menyenangkan," kata Encik Trump.

Ujian pertama yang dilakukan pada pertengahan bulan Mac, menggunakan kaedah lebih invasif, dengan hasil ujian hanya diperolehi beberapa jam kemudian.

Encik Trump, 73 tahun sebelum ini enggan diuji serta menegaskan bahawa virus korona ini tidak lebih teruk daripada selesema biasa dan kelangsungan ekonomi tidak perlu dihentikan secara besar-besaran.

Beliau mengambil ujian yang pertama setelah beberapa anggota delegasi presiden Brazil yang melawat resortnya di Florida diuji positif bagi virus berkenaan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan