Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump 'tidak tergesa-gesa' Korea Utara lucutkan senjata nuklear

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berharap dapat mengadakan rundingan berhasil dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada lewat bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Feb 2019 08:02AM Dikemas Kini : 21 Feb 2019 12:22AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berharap dapat mengadakan rundingan berhasil dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada lewat bulan ini.

Bercakap kepada para wartawan di Rumah Putih pada Selasa (19 Feb), Encik Trump berkata meskipun beliau mahu Pyongyang melucutkan senjata nuklearnya, beliau tidak tergesa-gesa selagi tiada ujian dibuat.

Encik Trump berkata demikian sedang beliau menghantar utusan khasnya ke Hanoi untuk memuktamadkan persiapan bagi sidang puncak kedua antara beliau dengan Encik Kim minggu depan.

Encik Trump berkata demikian selepas mengadakan perbualan menerusi telefon dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in semalam (19 Feb) berhubung sidang puncak tersebut.

Encik Trump juga merancang untuk berbincang dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini (20 Feb).

Menurut Encik Moon, Seoul bersedia untuk menyambung semula kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara Korea itu jika ia membantu Pyongyang mempercepatkan proses pelucutan senjata nuklearnya dan mencapai keamanan berpanjangan di Semenanjung Korea.

Encik Trump dan Encik Kim dijadualkan bertemu di Hanoi bagi sidang puncak kedua lewat bulan ini, menyusuli pertemuan pertama yang bersejarah antara kedua-dua pemimpin itu di Singapura tahun lalu.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan