Trump terima surat Kim Jong Un minta pertemuan kedua
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerima surat yang "sangat positif" dari pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerima surat yang "sangat positif" dari pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. Dalam surat itu, Pyongyang meminta diadakan pertemuan susulan selepas sidang puncak bersejarah mereka di Singapura, menurut Rumah Putih pada Isnin (10 Sep).
"Ia adalah surat yang sangat baik, sangat positif," kata jurucakap Rumah Putih, Cik Sarah Sanders, sambil menambah bahawa surat itu menunjukkan komitmen berterusan Pyongyang untuk "memberi tumpuan pada isu pelucutan senjata nuklear" di Semenanjung Korea.
"Tujuan utama surat itu adalah untuk menjadualkan satu lagi pertemuan dengan presiden. Kami terbuka dan sudah dalam proses merancangnya bersama-sama," kata Cik Sanders di taklimat pertama Rumah Putih sejak hampir tiga minggu.
Cik Sanders menambah bahawa surat itu bukti kemajuan hubungan Washington dengan Pyongyang.
Jun lalu, Presiden Trump dan Encik Kim mengadakan pertemuan bersejarah di Singapura yang meningkatkan harapan bagi pelucutan program senjata nuklear Korea Utara.
Rundingan lanjut mengenai pelucutan senjata nuklear di Semenanjung, menghadapi kebuntuan setelah Setiausaha Negara Mike Pompeo membatalkan lawatan ke Korea Utara lewat bulan lalu. Namun, adanya surat itu menunjukkan peluang bagi rundingan masih terbuka setelah beberapa minggu mengalami kebuntuan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.