Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump secara rasmi terima pencalonan semula, kecam Biden

Presiden Donald Trump pada Khamis (27 Ogos) secara rasmi menerima pencalonan semula partinya sebagai calon presiden dan berikrar untuk empat tahun lagi khidmatnya akan menjadikan Amerika Syarikat yang lebih gemilang, lapor Agensi Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump secara rasmi terima pencalonan semula, kecam Biden

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Aug 2020 04:21PM Dikemas Kini : 28 Aug 2020 04:23PM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Khamis (27 Ogos) secara rasmi menerima pencalonan semula partinya sebagai calon presiden dan berikrar untuk empat tahun lagi khidmatnya akan menjadikan Amerika Syarikat yang lebih gemilang, lapor Agensi Anadolu.

Berucap pada Konvensyen Kebangsaan Republican dari Rumah Putih, Encik Trump berkata penggal baru akan membolehkannya "membangunkan semula ekonomi terhebat dalam sejarah" sambil mengatakan calon Democrat Joe Biden membahayakan "kehebatan" Amerika.

"Kita tahu Amerika bukan negara yang diselubungi kegelapan. Amerika adalah obor yang menerangi seluruh dunia," kata Presiden Trump. 

"Namun, di sebalik semua kehebatan kita sebagai sebuah negara, semua yang telah kita capai kini berada dalam bahaya. Ini adalah pilihan raya terpenting dalam sejarah negara kita," katanya.

"Pilihan raya kali ini akan memutuskan sama ada kita menyelamatkan impian Amerika, atau sama ada kita membiarkan agenda sosialis memusnahkan impian yang amat kita hargai itu," tambahnya.

Encik Trump berdepan persaingan sengit untuk mencabar Encik Biden dengan hanya tinggal dua bulan lagi sebelum pilihan raya presiden yang dijadual diadakan pada 3 November.

Tinjaun pendapat Hill-HarrisX yang dikeluarkan pada Rabu mendapati Presiden Trump mengalahkan mantan naib presiden itu dengan sembilan mata, margin yang sama dalam tinjauan Economist/YouGov yang diterbitkan pada hari sama.

Sumber : Bernama/SU/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan