Images
  • Trump Kim
    Presiden Trump (kiri) mengenakan sekatan ketat ke atas Korea Utara. (Gambar: Reuters/Kevin Lamarque, KCNA)

Trump sambut baik kemungkinan bertemu pemimpin Korea Utara

AMERIKA SYARIKAT: Presiden Amerika Donald Trump menyambut baik kemungkinan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara.

Namun dalam sidang kabinetnya yang pertama bagi tahun baru, Encik Trump berkata pertemuan itu hanya dapat diadakan pada masa yang mengizinkan dan keadaan yang sesuai.

Beliau berharap jika diadakan, ia akan membuahkan hasil bagi keamanan dunia.

Kenyataan itu dibuat dua hari selepas beliau mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in.

Selepas perbincangan itu, pejabat Presiden di Seoul mengatakan Encik Trump sudah memberi jaminan, tidak akan ada tindakan ketenteraan sedang rundingan dijalankan.

Perkembangan ini menyusuli pertemuan pertama antara para wakil kedua-dua negara Korea.

Pyongyang bersetuju untuk menghantar delegasi ke Sukan Olimpik musim sejuk yang akan bermula di Korea Selatan pada 9 Februari depan.  

- Agensi berita/MM/nk

Top