Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump puji tindakan China jatuhi hukuman mati ke atas pengedar dadah

Presiden Donald Trump pada Jumaat (15 Feb) memuji China kerana menjatuhi hukuman mati ke atas para pengedar dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump puji tindakan China jatuhi hukuman mati ke atas pengedar dadah

Presiden Donald Trump. (Gambar: Brendan Smialowski/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 11:19AM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 11:23AM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Jumaat (15 Feb) memuji China kerana menjatuhi hukuman mati ke atas para pengedar dadah. Komen beliau itu membayangkan bahawa Amerika Syarikat akan dapat menangani pengedaran dadah jika para pesalah dijatuhi hukuman mati.

Di China, para pengedar dadah mendapat "hukuman mati. Manakala pengedar dadah kita sekadar didenda?" kata Encik Trump kepada para wartawan di Rumah Putih.

"Oleh itu jika kami ingin menjadi bijak, kami boleh bertindak bijak. Anda boleh menamatkan masalah dadah. Anda boleh mengakhirinya dengan lebih cepat daripada apa yang anda jangkakan,” ujar beliau.

Ini bukan kali pertama Encik Trump menyokong hukuman mati bagi jenayah-jenayah yang berkaitan dengan dadah.

Bulan Mac lalu, beliau menyarankan agar Amerika Syarikat menjatuhi hukuman mati ke atas para pengedar dadah.

Menurut para pegawai, tiada percubaan untuk mengubah undang-undang agar menjatuhi hukuman mati ke atas individu yang mengedar dadah saja, suatu langkah yang akan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Agung berkenaan hukuman yang seimbang.

Dalam keputusan tersebut, mahkamah tinggi menyarankan bahawa seseorang hanya boleh dijatuhi hukuman mati jika dia melakukan pembunuhan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan