Trump mungkin disingkir lebih awal dari Rumah Putih ekoran rusuhan Capitol Hill
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghadapi kemungkinan disingkirkan lebih awal dari Rumah Putih.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghadapi kemungkinan disingkirkan lebih awal dari Rumah Putih.
Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi pada Sabtu (9 Jan) berkata anggota-anggota Democrat sedang menyiapkan rangka ketetapan untuk memaksa Presiden Trump berundur kerana peranannya dalam menghasut serangan di Capitol Hill.
Draf tersebut juga menuduh Encik Trump menghasut pemberontakan dan menggugat keselamatan Amerika Syarikat.
Dewan Perwakilan dijangka mengundi ketetapan tersebut minggu depan.
Bagaimanapun, media Amerika melaporkan ia tidak dijangka sampai ke Dewan Senat sehinggalah setelah Encik Trump meninggalkan Rumah Putih.
Naib Presiden Mike Pence pula menolak untuk menggunakan Pindaan ke-25 Perlembagaan.
Pindaan itu memperuntukkan penyingkiran presiden yang dianggap tidak dapat menjalankan tugasnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.