Images
  • trump (1)
    (Gambar fail: Lee Jin-man/Pool/ Reuters). 

Trump kutuk langkah Tehran tangkap penunjuk perasaan anti-pemerintah

WASHINGTON: Amerika Syarikat mengutuk penangkapan penunjuk-penunjuk perasaan anti pemerintah di Iran.

Rumah Putih memberi amaran "dunia sedang mengawasi tindakan Tehran itu" sedang tunjuk perasaan berterusan.

Bantahan bermula di bandar Mashhad kelmarin (28 Dis) dan kemudian merebak ke beberapa bandar lain termasuk ibu kota Tehran dan Kermanshah.

52 orang ditangkap dalam bantahan tersebut.

Tunjuk perasaan ini sebagai membantah kenaikan harga serta dakwaan adanya amalan rasuah.

Bantahan begini jarang berlaku di Iran.

Kali terakhir berlaku pada 2009 selepas perlantikan semula Mahmoud Ahmadinejad sebagai Presiden Iran, berikutan dakwaan adanya penipuan dalam pilihan raya. 

- AFP/MM/aq

Top