Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump 'kurang bijak' tangani krisis COVID-19, sindir Joe Biden

Calon Demokrat, Joe Biden menuduh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak bertindak dengan 'bijak' untuk menangani isu COVID-19 di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump 'kurang bijak' tangani krisis COVID-19, sindir Joe Biden

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 12:47PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 12:48PM

OHIO: Calon Demokrat, Joe Biden menuduh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak bertindak dengan 'bijak' untuk menangani isu COVID-19 di negara itu.

Katanya lagi, meskipun Encik Trump mengetahui bahawa COVID-19 adalah virus yang memudaratkan, beliau tidak mengambil langkah secara ketara termasuk memberi amaran awal kepada para penduduk negara itu kerana khuatir akan mencetuskan panik.

"Dia (Trump) tunggu dan tunggu. Dia masih tidak mempunyai sebarang rancangan. Dia tahu betapa seriusnya krisis ini sejak Februari lagi.

"Apa dia lakukan? Dia tidak memberi amaran awal. Kita tidak panik, yang panik adalah dia.

"Kira-kira 200,000 kematian dilaporkan di Amerika Syarikat dengan lebih tujuh juta penduduk terkesan setakat ini.

"Lebih 40,000 kes baru direkodkan setiap hari. Apa yang anda lakukan?" soal Encik Biden semasa pusingan pertama perbahasan yang diadakan di Universiti Case Western Reserve Cleveland, Ohio pada Rabu (30 Sep).

Pengacara Fox News, Chris Wallace, bertindak sebagai pengantara program yang disiarkan tanpa iklan di setiap rangkaian televisyen utama di negara itu dan juga seluruh dunia.

Dalam pada itu, Encik Biden menegaskan bahawa Encik Trump seharusnya menghulurkan bantuan kewangan kepada orang ramai dalam membantu sektor ekonomi dan bukannya bertindak sebaliknya dengan menutup sektor perniagaan dan sekolah.

Menjawab pertanyaan yang dibangkitkan itu, Encik Trump menjelaskan bahawa sekiranya beliau setakat mendengar 'nasihat' calon presiden itu, Amerika Syarikat mungkin berdepan dengan bilangan angka korban sehingga berjuta-juta.

"Anda mungkin tidak mampu melakukan apa yang saya lakukan," tambahnya.

Encik Trump kemudian membidas isu virus Influenza A (H1N1) ketika Encik Biden menjadi Naib Presiden yang dilihat gagal menangani situasi dengan baik.

"Saya tahu bagaimana untuk menjalankan tugas. Ketika itu angka korban hanya 40,000 orang bukan 200,000 orang, Tuan Presiden," ujar Encik Biden.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan