Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump kecam tindakan penyokong serang media

Seorang jurukamera diserang penyokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika sedang bertugas salam satu rapat di El Paso, Texas.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump kecam tindakan penyokong serang media

Penyokong Trump tiba-tiba serang media dalam satu rapat.

Diterbitkan : 13 Feb 2019 07:21PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 03:41AM

TEXAS: Seorang jurukamera diserang penyokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika sedang bertugas dalam satu rapat di El Paso, Texas.

Video yang dikongsi Reuters menunjukkan penyerang diheret seorang lagi lelaki yang berpakaian berwarna hitam, sementara jurukamera BBC, Ron Skeans cuba membetulkan posisi kamera.

Jorge Salgado, yang merakam insiden tersebut, memberitahu Reuters bahawa penyerang terbabit tiba-tiba muncul dan langsung menolak para jurugambar serta peralatan mereka.

Dalam video yang dirakam menggunakan kamera Encik Skean, seorang lelaki yang memakai topi tertulis "Make America Great Again Hat" kedengaran melemparkan kata-kata kesat selepas insiden itu. Penyerang kemudian ditahan.

Presiden Trump, yang ketika itu sedang menyampaikan ucapan, sempat bertanya jika semuanya baik-baik sahaja sebelum meneruskan penyampaiannya.

Beliau bagaimanapun mengecam serangan tersebut. Presiden Trump sebelum ini begitu kritikal terhadap media yang disifatkannya sebagai "musuh orang ramai". 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan