Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump kata akan larang aplikasi TikTok di Amerika Syarikat

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (31 Jul) bahawa beliau merancang untuk menandatangani satu arahan eksekutif seawal Sabtu (1 Ogos) yang melarang penggunaan aplikasi video pendek milik China, TikTok di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump kata akan larang aplikasi TikTok di Amerika Syarikat

Aplikasi TikTok. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 01 Aug 2020 02:58PM Dikemas Kini : 01 Aug 2020 03:00PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat (31 Jul) bahawa beliau merancang untuk menandatangani satu arahan eksekutif seawal Sabtu (1 Ogos) yang melarang penggunaan aplikasi video pendek milik China, TikTok di Amerika Syarikat.

Langkah itu diambil berikutan keprihatinan keselamatan negara yang ditimbulkan AS bagi data peribadi yang dikendalikan oleh TikTok. Ia satu tamparan hebat untuk pemilik Tik Tok, iaitu syarikat ByteDance yang berpangkalan di Beijing, yang merupakan antara segelintir konglomerat China yang berjaya menjangkau ke pasaran global, kerana kejayaan aplikasi itu secara komersil.

"Sejauh ia membabitkan TikTok, kami akan melarang penggunaan aplikasi itu di Amerika Syarikat... saya akan menandatangani dokumen itu esok," kata Encik Trump kepada para wartawan di Air Force One.

ByteDance dan TikTok tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan