Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump, Jinping bakal runding empat mata di Sidang Puncak G20

Presiden Donald Trump akan bertemu rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping bulan depan semasa Sidang Puncak G20.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 07:55PM Dikemas Kini : 14 May 2019 08:55PM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump akan bertemu rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping bulan depan semasa Sidang Puncak G20.

Pemimpin Amerika itu berkata beliau percaya rundingan mereka kelak akan membuahkan hasil.

Pertemuan itu berlangsung ketika keadaan perang dagangan Amerika-China menjadi semakin memburuk.

Beijing sudahpun mengumumkan tindak balas terhadap langkah Washington menaikkan cukai barangan China yang diimport Amerika bernilai AS$200 bilion (S$270 bilion).

Sebagai langkah tindak balasnya,
China akan menaikkan pula cukai import bagi barangan Amerika bernilai kira-kira AS$60 bilion (S$80 bilion) mulai bulan depan.

Tindakan China itu menjejas lebih 5,000 jenis produk Amerika.

Perkembangan tersebut berlaku meskipun kedua-dua kuasa ekonomi itu masih mahu meneruskan rundingan bagi mencapai perjanjian perdagangan yang baru.

Presiden Trump menuduh China mengingkari beberapa komitmennya dalam rangka perjanjian tersebut.

China pula menegaskan tidak akan bertolak ansur dalam soal-soal yang bersifat prinsip. 

Sumber : AFP/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan