Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump janji undur diri jika Biden secara rasmi disahkan pemenang

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa beliau akan berundur dari Rumah Putih sekiranya Encik Joe Biden secara rasmi disahkan sebagai pemenang pilihan raya presiden.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump janji undur diri jika Biden secara rasmi disahkan pemenang

Donald Trump. (Gambar: AFP/Brendan Smialowski)

Diterbitkan : 27 Nov 2020 12:31PM Dikemas Kini : 27 Nov 2020 12:36PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa beliau akan berundur dari Rumah Putih sekiranya Encik Joe Biden secara rasmi disahkan sebagai pemenang pilihan raya presiden.

Encik Trump sekali lagi membuat percubaan yang belum pernah berlaku sebelum ini iaitu menentang keputusan pilihan raya presiden yang diadakan pada 3 Nov lalu.

Beliau turut mengandaikan teori tidak berasas mengenai undi yang dicuri dan melancarkan cabaran undang-undang yang tidak berasas di mahkamah merata negara itu.

Menjawab soalan pertamanya dari para pemberita sejak pilihan raya presiden, Encik Trump dilihat semakin menerima hakikat bahawa beliau hanya akan berkhidmat sebagai presiden bagi tempoh satu penggal saja sehingga 20 Jan tahun depan.

Apabilan ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Rumah Putih jika Badan Perwakilan Pemilih mengesahkan kemenangan Encik Biden secara rasmi, Encik Trump menjawab: "Tentu saja saya akan melakukannya dan anda pun sudah tahu."

"Tetapi setelah mereka melakukannya dan kemudian mendapati terdapat kesilapan, maka sukar untuk saya mengaku kalah.

"Ia satu penipuan yang besar," tegasnya mengenai keputusan pilihan raya presiden tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Ketika mengadakan sidang media semalam, Encik Trump turut membayangkan seolah-olah prasarana pilihan raya negara itu ibarat negara dunia ketiga.

Sementara itu, Encik Biden yang dipilih sebagai presiden Rabu lalu, berkata rakyat Amerika tidak sepatutnya 'melayan sebarang percubaan' untuk mengubah keputusan pilihan raya. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan