Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump janji ujian COVID-19 yang lebih cepat

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjanjikan ujian COVID-19 yang lebih cepat.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump janji ujian COVID-19 yang lebih cepat

Presiden AS Donald Trump. (Gambar fail: Tom Brenner/REUTERS)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 05:39PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 05:40PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menjanjikan ujian COVID-19 yang lebih cepat.

Sebanyak 150 juta kit ujian itu akan disediakan.

Sebahagian besarnya akan diagihkan untuk menyokong pembukaan semula sekolah-sekolah dan tugas kritikal lain.

Dihasilkan syarikat Abbot, kit itu boleh memberi keputusan ujiannya dalam masa 15 minit.

Kaedah ujiannya tidak memerlukan 'swab' dimasukkan jauh ke dalam rongga hidung.

Sampel itu kemudian disapukan pada sekeping kertas yang dibubuh cecair khas bagi mengesan virus COVID-19.

Jumlah kes dan kematian di Amerika Syarikat adalah yang tertinggi di dunia.

Data Universiti Johns Hopkins menunjukkan 7.1 juta penduduk negara itu telah dijangkiti dan lebih 205,000 pesakitnya meninggal dunia.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan