Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump haramkan telko asing yang ancam keselamatan AS

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan secara mengejut semalam (15 Mei), melarang syarikat-syarikat Amerika daripada menggunakan peralatan telekomunikasi asing yang dianggap berisiko mengancam keselamatan negara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Trump haramkan telko asing yang ancam keselamatan AS

Gambar fail logo Huawei di sebuah pusat beli-belah di Shanghai, China. (Gambar fail: Reuters/Aly Song)

Diterbitkan : 16 May 2019 11:01AM Dikemas Kini : 16 May 2019 11:04AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan secara mengejut semalam (15 Mei), melarang syarikat-syarikat Amerika daripada menggunakan peralatan telekomunikasi asing yang dianggap berisiko mengancam keselamatan negara. Langkah tersebut dilihat sebagai disasarkan terhadap gergasi teknologi China, Huawei.

Perintah yang ditandatangani Presiden Trump itu melarang pemilikan atau penggunaan perkakas daripada syarikat-syarikat yang boleh menimbulkan "risiko terhadap keselamatan Amerika Syarikat dan rakyatnya."

"Pemerintah akan bertindak dengan melakukan apa saja untuk menjamin keselamatan Amerika dan melindungi Amerika daripada musuh asing," tegas jurucakap Rumah Putih Sarah Sanders.

Seorang pegawai kanan Rumah Putih turut bertegas bahawa tiada negara atau syarikat tertentu yang dijadikan sasaran oleh perintah tersebut.

Namun, langkah yang diumumkan itu, sedang perang dagang antara Amerika dengan China semakin meruncing, dilihat ramai sebagai keprihatinan terhadap ancaman pengintipan daripada Huawei.

Para pegawai Amerika Syarikat sedang giat berusaha untuk meyakinkan sekutu-sekutunya supaya jangan membenarkan China memainkan peranan membina rangkaian 5G.

Negara-negara sekutu juga diberi amaran bahawa Amerika Syarikat akan menyekat perkongsian maklumat dengan mereka jika mereka menggunakan khidmat Huawei.

Agensi-agensi pemerintah Amerika Syarikat sudahpun diharamkan daripada membeli peralatan daripada Huawei, yang semakin dilihat sebagai peneraju teknologi 5G.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan