Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump hadang kemasukan China Mobile ke AS atas alasan keselamatan

Amerika menyekat kehadiran firma-firma telekomunikasi China dari menembusi pasarannya

Anggaran Waktu Membaca:
Trump hadang kemasukan China Mobile ke AS atas alasan keselamatan

Gambar fail China Mobile. (Gambar: REUTERS/Sergio Perez)

Diterbitkan : 03 Jul 2018 08:35PM Dikemas Kini : 03 Jul 2018 09:31PM

AMERIKA SYARIKAT: Pemerintah Amerika Syarikat bertindak menghadang China Mobile, firma milik China, daripada menawarkan sebarang khidmat kepada pasaran telekomunikasi Amerika Syarikat dengan menyarankan supaya pendaftarannya ditolak atas sebab-sebab risiko keselamatan nasional.

Suruhanjaya Komunikasi Federal (FCC) perlu menolak pendaftaran 2011 China Mobile untuk menawarkan khidmat telekomunikasi antara Amerika Syarikat dengan negara-negara lain. Perkara itu menurut Pentadbiran Telekomunikasi dan Maklumat Nasional (NTIA) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di lamannya.

China Mobile adalah penyedia khidmat telekom terbesar dunia dengan 899 juta pelanggan. China Mobile tidak memberikan respons kepada pertanyaan pihak Reuters.

Langkah yang diambil pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap China Mobile menyusuli ketegangan dagangan yang memuncak antara Washington dengan Beijing. Amerika Syarikat akan menguatkuasakan tarif melibatkan barangan bernilai AS$34 bilion dari China pada Jumaat ini (6 Jul). Beijing diramalkan untuk memberikan respons serupa.

Dalam pada itu, ZTE Corp, pengilang peralatan telekomunikasi kedua terbesar China dipaksa menghentikan operasi-operasi besar pada April menyusuli larangan pembekalan yang dikuat kuasa Amerika Syarikat. Menurut Amerika, larangan itu dikuat kuasa kerana ZTE Corp melanggar perjanjian untuk mendisiplin para eksekutifnya yang bersekongkol untuk elak sekatan-sekatan Amerika terhadap Iran dan Korea Utara.

ZTE sedang dalam proses mendapatkan larangan tersebut dibatalkan dan mengumumkan panel lembaga yang baru, minggu lalu.

Para senator dan ketua risik Amerika memberi amaran pada Februari lalu bahawa China cuba mendapatkan akses kepada teknologi dan hak milik cipta Amerika, seperti menerusi firma-firma telekomunikasi. 

Sumber : Reuters/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan