Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Trump gesa OPEC kekalkan harga minyak rendah

Dua negara pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi dan Rusia dilaporkan bersetuju mengurangkan penghasilan minyak, demi menaikkan harga.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2018 06:12PM Dikemas Kini : 06 Dec 2018 11:03PM

VIENNA: Dua negara pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi dan Rusia dilaporkan bersetuju mengurangkan penghasilan minyak, demi menaikkan harga.

Keputusan itu dijangkakan di sidang Pertubuhan Negara-negara Pengeluar Minyak (OPEC) yang bermula di Vienna hari ini (6 Dis).

Menjelang sidang tersebut, Presiden Donald Trump menggesa OPEC dan negara-negara pengeluar minyak yang lain supaya jangan memotong pengeluaran minyak, agar harga minyak global kekal rendah.

Harga minyak merosot lebih 30 peratus sejak dua bulan lalu.

Jika negara-negara OPEC dan pengeluar lain memilih untuk terus menghasilkan minyak pada kadarnya sekarang, harga galian itu dijangka terus jatuh.

Bagaimanapun jika mereka mengambil keputusan memotong hasil pengeluaran minyak, langkah itu dikhuatiri akan mencerut ekonomi dunia.

Sidang OPEC hari ini berlangsung beberapa bulan selepas Pertubuhan itu bersetuju untuk menambah penghasilan dengan sebanyak 40,000 tong kepada 33 juta tong sehari.

Bagaimanapun Arab Saudi sendiri menambah penghasilan dengan 350,000 tong sehari. 

Sumber : Reuters/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan