Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump gesa Dewan Perwakilan segera kemuka pertuduhan rasmi terhadapnya

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump 'menggesa' Dewan Perwakilan negara itu supaya segera mengemukakan pertuduhan rasmi terhadap beliau agar kesnya dapat segera dibicarakan di Dewan Senat.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump gesa Dewan Perwakilan segera kemuka pertuduhan rasmi terhadapnya

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. (Gambar: Yuri Gripas/Reuters)

Diterbitkan : 06 Dec 2019 09:08PM Dikemas Kini : 06 Dec 2019 09:12PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump 'menggesa' Dewan Perwakilan negara itu supaya segera mengemukakan pertuduhan rasmi terhadap beliau agar kesnya dapat segera dibicarakan di Dewan Senat.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi mengarahkan Jawatankuasa Kehakiman Dewan itu supaya melakar pendakwaan rasmi terhadap Presiden Trump.

Cik Pelosi berkata Presiden Trump sudah melanggar perlembagaan.

Ia berkaitan dakwaan bahawa Presiden Trump menyalahgunakan kuasanya untuk mengugut Presiden Ukraine agar menyiasat salah seorang pemimpin parti Democrat, Joe Biden yang mungkin menjadi saingannya dalam Pilihan Raya Presiden tahun depan.

Para anggota Democrat menuduh bahawa Presiden Trump menahan bantuan keselamatan berjumlah AS$319 juta (S$433 juta) kepada Ukraine sehinggalah Presiden Ukraine melakukan siasatan terhadap Encik Biden.

Tuduhan-tuduhan yang dilakar kelak mungkin termasuk salah guna kuasa, rasuah, menghalang proses keadilan dan menghalang tugas Dewan Kongres.

Dewan Perwakilan yang dikuasai Democrat mungkin melakukan undian terhadap artikel pertuduhan itu menjelang akhir bulan ini.

Sekiranya Dewan Perwakilan mengundi meluluskan artikel tersebut, Dewan Senat yang dikuasai para anggota parti Republican akan mengadakan pula perbicaraan untuk membuat keputusan sama ada hendak memecat Presiden Trump atau tidak.

Sumber : AFP/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan