Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump dibawa keluar dari mesyuarat susuli kejadian tembakan di luar Rumah Putih

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dibawa keluar dari bilik mesyuarat Rumah Putih pada Isnin (10 Ogos) tidak lama selepas berlaku tembakan di luar pagar yang mengelilingi kompleks itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dibawa keluar dari mesyuarat susuli kejadian tembakan di luar Rumah Putih

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 08:04AM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 08:10AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dibawa keluar dari bilik mesyuarat Rumah Putih pada Isnin (10 Ogos) tidak lama selepas berlaku tembakan di luar pagar yang mengelilingi kompleks itu.

Encik Trump yang kembali ke bilik mesyuarat beberapa minit kemudian berkata seorang individu ditembak oleh pegawai penguat kuasa dan sudah dibawa ke hospital. Menurut Encik Trump, suspek berkenaan dipercayai bersenjata.

"Insiden tembakan berlaku di luar Rumah Putih," kata Encik Trump. "Keadaan kelihatan sudah terkawal ... ia benar-benar satu kejadian tembakan dan seorang individu sudah dibawa ke hospital. Saya tidak tahu bagaimana keadaan individu tersebut."

Encik Trump memberitahu para wartawan bahawa beliau dibawa ke ruang di luar bilik mesyuarat setelah beliau dibawa keluar.

Beberapa minit semasa sidang media sedang diadakan, Encik Trump dibawa keluar dari bilik itu tanpa sebarang penjelasan diberikan.

Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin dan pengarah Pejabat Pengurusan dan Belanjawan Russ Vought turut dibawa keluar dari bilik itu dan pintunya dikunci. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan