Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump dan Kim dijadual bincang 'empat mata' di sidang puncak Vietnam

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan mesyuarat empat mata dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un semasa sidang puncak di Vietnam minggu depan, menurut seorang pegawai Amerika Syarikat pada Khamis (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dan Kim dijadual bincang 'empat mata' di sidang puncak Vietnam

Pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mencipta sejarah. (Gambar: AFP/Saul Loeb)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 11:59AM Dikemas Kini : 22 Feb 2019 12:08PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan mesyuarat empat mata dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un semasa sidang puncak di Vietnam minggu depan, menurut seorang pegawai Amerika Syarikat pada Khamis (21 Feb).

Kedua-dua pemimpin itu, yang bertemu buat pertama kali di Singapura Jun lalu, dijangka akan mengadakan perbincangan di ibu kota Vietnam, Hanoi antara 27 hingga 28 Feb.

Encik Trump sedang berusaha untuk meyakinkan pemimpin Korea Utara itu supaya melucutkan senjata nuklearnya.

Menurut para pegawai Amerika Syarikat, mesyuarat minggu depan "sama seperti apa yang berlaku pada Jun lalu di Singapura... terdapat peluang untuk kedua-dua pemimpin bertemu satu sama lain" sebelum mengadakan mesyuarat dengan pasukan masing-masing.

Utusan Khas Amerika Syarikat ke Pyongyang, Encik Stephen Biegun, sudah berada di Hanoi untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Korea Utara, Encik Kim Hyok Choi.

Para pegawai Amerika Syarikat bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu-isu yang mungkin akan disertakan dalam kenyataan bersama di akhir mesyuarat itu.

Pada Rabu, Encik Trump sekali lagi memuji hubungannya dengan pemimpin Korea Utara itu tetapi menegaskan bahawa Encik Kim perlu menunjukkan tanda-tanda "bermakna" yang beliau benar-benar serius untuk melucutkan senjata nuklearnya jika beliau mahu sekatan-sekatan terhadap Korea Utara ditarik balik.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan