Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump dakwa sudah ambil ubat malaria hydroxychloroquine

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudah mengambil ubat hydroxychloroquine. Beliau sejak sekian lama mempromosikan ubat penyakit malaria itu sebagai sesuai juga untuk merawat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dakwa sudah ambil ubat malaria hydroxychloroquine

Presiden AS Donald Trump mengadakan acara respons virus korona di Rose Garden di Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 25 May 2020 09:28PM Dikemas Kini : 25 May 2020 09:41PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudah mengambil ubat hydroxychloroquine. Beliau sejak sekian lama mempromosikan ubat penyakit malaria itu sebagai sesuai juga untuk merawat COVID-19.

Bagaimanapun pakar-pakar memberi amaran ubat itu mungkin tidak selamat.

Meskipun mendapat sokongan Presiden Trump, tidak banyak bukti yang menunjukkan hydroxychloroquine berkesan untuk menghapuskan virus COVID-19.

Kajian masih dilakukan untuk mengetahui sama ada ubat itu boleh mencegah jangkitan atau merawat pesakit COVID-19 yang tidak serius.

Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat menentang penggunaan ubat penyakit malaria itu di luar hospital kerana mempunyai risiko ke atas degupan jantung.

Satu kajian baru-baru ini pula membayangkan bahawa ubat itu ada kaitan dengan meningkatnya risiko kematian para pesakit COVID-19 di hospital-hospital.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan