Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump buka Pejabat Bekas Presiden untuk 'teruskan' agenda pentadbirannya

Bekas pemimpin Amerika Syarikat Donald Trump membuka sebuah pejabat di Florida pada Isnin (25 Jan) yang akan mengendalikan tugasnya sebagai seorang bekas presiden dan bertujuan meneruskan agenda pentadbirannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump buka Pejabat Bekas Presiden untuk 'teruskan' agenda pentadbirannya

Encik Donald Trump dan isteri menaiki pesawat Air Force One pada hari terakhir memegang jawatan Presiden AS (Gambar: AP/Manuel Balce Ceneta)

Diterbitkan : 26 Jan 2021 06:49PM Dikemas Kini : 26 Jan 2021 06:52PM

WASHINGTON: Bekas pemimpin Amerika Syarikat Donald Trump membuka sebuah pejabat di Florida pada Isnin (25 Jan) yang akan mengendalikan tugasnya sebagai seorang bekas presiden dan bertujuan meneruskan agenda pentadbirannya.

"Pejabat itu akan bertanggungjawab menguruskan perhubungan, kenyataan umum, penampilan awam, dan kegiatan rasmi untuk melanjutkan kepentingan Amerika Syarikat dan meneruskan agenda Pentadbiran Trump melalui sokongan, penganjuran, dan aktivisme masyarakat," menurut satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat pada hari sama Dewan Perwakilan menyampaikan kepada Senat satu artikel pendakwaan yang menuduh Encik Trump menghasut pemberontakan dalam satu ucapan kepada para penyokongnya sebelum serangan terhadap Capitol pada 6 Januari yang menyebabkan beberapa orang maut. Perbicaraan Senat dijangka bermula pada 9 Februari.

Dalam ucapan perpisahan pada hari terakhirnya sebagai presiden Rabu lalu, Encik Trump memberitahu para penyokongnya: "Kami akan kembali." Encik Trump tidak tampil di khalayak umum sejak beliau pulang hari itu ke pusat peranginan Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.

Sebelum meninggalkan jawatannya, Encik Trump berbincang dengan rakan-rakan setugasnya tentang pembentukan sebuah parti politik yang dipanggil "Parti Patriot", lapor Wall Street Journal.

Beliau juga cuba memfailkan tuntutan mahkamah namun gagal untuk membatalkan keputusan kekalahannya dalam pilihan raya 3 November kepada anggota Demokrat Joe Biden, dengan membuat dakwaan palsu tentang penipuan meluas dalam proses pilihan raya.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan