Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump beri amaran kepada Iran susulan serangan Kedutaan Amerika di Baghdad

Presiden Donald Trump berkata beliau tidak mahu berperang dengan Iran tetapi dalam masa yang sama beliau memberi amaran kepada Tehran.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump beri amaran kepada Iran susulan serangan Kedutaan Amerika di Baghdad

Pasukan keselamatan Iraq, Hashd al-Shaabi, cuba memasuki Kedutaan Amerika semasa bantahan untuk mengutuk serangan udara ke atas pangkalannya, di Baghdad, Iran. (Gambar: Thaier al-Sudani)/REUTERS)

Diterbitkan : 01 Jan 2020 03:49PM Dikemas Kini : 01 Jan 2020 03:54PM

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata beliau tidak mahu berperang dengan Iran tetapi dalam masa yang sama beliau memberi amaran kepada Tehran.

Pemimpin Amerika Syarikat itu menuduh Tehran terbabit dalam serangan ke atas Kedutaan Amerika di Iraq oleh para penyokong Iran.

Kedutaan Amerika di Baghdad menjadi sasaran ribuan penunjuk perasaan semalam (31 Dis) yang membantah serangan-serangan tentera udara Amerika pada Ahad lalu.

Serangan itu membunuh 25 anggota kumpulan militia al-Hashd yang amat berpengaruh.

Al-Hashd merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan Iraq tetapi ia juga proksi utama Iran.

Menulis di laman twitter, Presiden Trump berkata Iran akan menerima padahnya berhubung serangan di Kedutaan Amerika.

Presiden Trump juga telah menghubungi Perdana Menteri Iraq menerusi telefon menggesa Encik Adel Abdul Mahdi supaya melindungi kakitangan dan kemudahan Amerika di negara Teluk itu.

Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo pula berkata serangan ke atas kedutaan negaranya didalangi oleh pengganas-pengganas dan dibantu Iran.

Beliau menunjukkan gambar empat orang yang didakwa dalang-dalangnya.

Jabatan Negara menyatakan semua kakitangan diplomatik di dalam kedutaan ini selamat dan tiada rancangan untuk memindahkan mereka.

Sungguhpun begitu Amerika telah mengejarkan 100 askar marinnya dari Kuwait ke Baghdad bagi mengukuhkan lagi keselamatan di kedutaannya.

Amerika juga akan menambah kehadiran tenteranya di Timur Tengah.

Pentagon akan menempatkan lagi kira-kira 750 askar ke rantau itu kerana ancaman yang semakin meningkat terhadap kakitangan dan kemudahan Amerika di sana.

Sumber : AFP/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan