Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump beri amaran Iran akan tanggung padahnya jika serang kepentingan AS

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran bahawa Iran akan menerima padah amat buruk jika menyerang kepentingan-kepentingan Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 06:55PM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:24PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran bahawa Iran akan menerima padah amat buruk jika menyerang kepentingan-kepentingan Amerika.

Kenyataan yang dibuatnya hari ini (14 Mei) menyusuli beberapa "serangan sabotaj" di Teluk Parsi.

Amiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan empat kapal komersil menjadi mangsa sabotaj di perairan dekat pelabuhan Fujairah negara itu.

Dua daripadanya kapal minyak milik Bahri, sebuah syarikat Arab Saudi.

Baki dua lagi kapal yang terjejas berdaftar di UAE dan Norway.

Menteri Daya Tenaga Saudi menyatakan struktur kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan agak besar akibat tindakan sabotaj itu.

Pelabuhan Fujairah merupakan salah satu hab minyak kapal terbesar di dunia.

Ia terletak di pinggir Selat Hormuz, yang merupakan koridor utama bagi persinggahan kapal-kapal minyak.

Sehingga kini belum diketahui bentuk sabotaj yang dilakukan ataupun dalangnya.

Bagaimanapun Amerika Syarikat sebelum ini sudahpun mengerahkan sebuah kapal induk dan lebih banyak jet pejuang ke Timur Tengah bagi menghadapi kemungkinan serangan Iran. 

Sumber : AFP/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan