Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump bakal bertemu Raja Jordan, bincang proses damai Palestin-Israel

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah di Rumah Putih pada Isnin depan (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Trump bakal bertemu Raja Jordan, bincang proses damai Palestin-Israel

Penasihat Keselamatan Amerika John Bolton bertemu dengan Raja Abdullah di Washingto semalam (22 Jun). (Gambar: Yousef ALLAN/Jordanian Royal Palace/AFP)

Diterbitkan : 23 Jun 2018 02:35PM Dikemas Kini : 23 Jun 2018 02:41PM

JORDAN: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah di Rumah Putih pada Isnin depan (25 Jun).

Menurut jurucakap istana Raja Jordan, pertemuan itu bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan Timur Tengah, termasuk proses damai Palestin-Israel.

Raja Abdullah yang ditemani isterinya, Permaisuri Rania, dijadualkan bertemu dengan pegawai kanan pentadbiran Trump dan anggota Kongres.

Proses damai Palestin-Israel yang tertangguh sejak 2014, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat antara Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dengan perunding Palestin serta ketua perisikan yang berlangsung di Amman, baru-baru ini.

Malah, Raja Abdullah turut mengadakan perbincangan mengenai isu itu dengan penasihat Trump, Jared Kushner dan wakil khas, Jason Greenblatt di Amman pada Selasa lalu (19 Jun).

Jordan yang juga sekutu Amerika Syarikat, adalah antara dua negara Arab, selain Mesir yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel.

Pada masa sama, Jordan adalah penjaga tapak suci umat Islam di Baitulmakdis.

Dalam pada itu, Rumah Putih dalam satu kenyataan menyatakan Presiden Trump berharap pertemuan itu akan merapatkan kembali hubungan persahabatan antara Amerika Syarikat dengan Jordan.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan