Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump anjur majlis buka puasa, ucap takziah kepada mangsa serangan Sri Lanka, NZ

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Rumah Putih pada isnin (13 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 04:19PM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:20PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menganjurkan satu majlis berbuka puasa di Rumah Putih pada isnin (13 Mei).

Majlis itu dihadiri para duta dan diplomat dari negara-negara dengan majoriti penduduk Islam.

Dalam ucapannya Presiden Trump mengucapkan 'Ramadan Kareem' kepada semua umat Islam.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa serangan ke atas gereja di Sri Lanka dan serangan ke atas masjid-masjid di New Zealand baru-baru ini.

“Hari ini, ingatan kami bersama mereka yang telah mengharungi cabaran dan kesukaran sejak kebelakangan ini. Kami turut bersedih dengan isu umat Islam yang terbunuh di masjid di New Zealand serta penganut Kristian dan Yahudi yang terkorban di Sri Lanka, California dan Pittsburgh," katanya.

“Demi mereka, kami nekad untuk menumpaskan ideologi keganasan dan penganiayaan agama supaya semua boleh mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa ketakutan."

Ramadan, tambah beliau adalah bulan istimewa untuk masyarakat Islam menyebarkan amal, sifat toleransi dan keamanan.

“Dengan itu, saya ingin mengucapkan semua umat Islam di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, Ramadan Kareem,” kata Presiden Trump.

Majlis berbuka puasa di Rumah Putih merupakan satu tradisi yang dimulakan oleh mantan Presiden Bill Clinton sebagai satu cara untuk mendekatkan Amerika dengan negara-negara Islam.

Sumber : Reuters/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan