Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump ancam hancurkan ekonomi Turki jika Ankara serang kaum Kurdi di Syria

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam akan menghancurkan ekonomi Turki jika Ankara melancarkan serangan ke atas perikatan tentera yang diterajui kaum Kurdi di Syria.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump ancam hancurkan ekonomi Turki jika Ankara serang kaum Kurdi di Syria

(Gambar: Delil Souleiman/AFP)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 05:46PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 05:50PM

AKCAKALE, TURKI: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam akan menghancurkan ekonomi Turki jika Ankara melancarkan serangan ke atas perikatan tentera yang diterajui kaum Kurdi di Syria.

Amaran itu dikeluarkan selepas Presiden Trump semalam (7 Okt) mengumumkan keputusan untuk mengundurkan 50 anggota pasukan tentera khas Amerika dari wilayah kaum Kurdi Syria di sempadan Turki.

Keputusan Presiden Trump itu akan mendedahkan perikatan tentera kaum Kurdi yang merupakan sekutu Amerika terdedah kepada serangan tentera Turki.

Bahkan Kementerian Pertahanan Turki hari ini (8 Okt) menyatakan tenteranya sudah selesai membuat persiapan bagi operasi di wilayah kaum Kurdi di timur laut Syria.

Ankara menganggap perikatan tentera pimpinan kaum Kurdi di Syria sebagai pengganas kerana mempunyai hubungan dengan militan-militan Kurdi yang sekian lama melancarkan serangan di Turki.

Tentera Turki menegaskan ia tidak akan membenarkan terbentuknya koridor pengganas di kawasan sempadan negara itu. 

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan