Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trump abaikan tarikh akhir laporan pembunuhan Khashoggi

Pentadbiran Presiden Donald Trump membayangkan ia tidak mungkin dapat memenuhi tarikh tamat tempoh untuk melaporkan kepada Kongres sama ada Washington merancang mengenakan sekatan ke atas pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Jamal Khashoggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Feb 2019 04:39PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 01:00AM

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump membayangkan ia tidak mungkin dapat memenuhi tarikh tamat tempoh untuk melaporkan kepada Kongres sama ada Washington merancang mengenakan sekatan ke atas pihak yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Jamal Khashoggi.

Oktober lalu, Kongres Amerika memberikan masa 120 hari sehingga 8 Feb untuk pentadbiran Trump bertindak.

Beberapa anggota Kongres sebelum ini mengatakan bahawa mereka mengesyaki Putera Mahkota Mohammed bin Salman bertanggungjawab atas pembunuhan Khashoggi berdasarkan hasil siasatan CIA.

Namun, Menteri Negara Ehwal Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, memberitahu para wartawan di Washington bahawa Putera Mahkota Saudi tidak mengarahkan pembunuhan Khashoggi seperti yang didakwa laporan New York Times.

Encik Adel sebaliknya mahu proses keadilan Saudi diteruskan sebelum keputusan diambil Amerika untuk mengenakan sekatan-sekatan baru.

Jamal Khashoggi, seorang penduduk Amerika yang menulis untuk akhbar The Washington Post, dibunuh di Konsulat Saudi di Istanbul pada Oktober lalu. Saudi sudah mendakwa 11 individu yang didakwa terlibat.

November lalu, Amerika mengenakan sekatan ke atas 17 pegawai Saudi kerana peranan mereka dalam pembunuhan Khashoggi.

Bercakap di satu sidang media di Istanbul bagi pelancaran bukunya mengenai Khashoggi, tunangnya Hatice Cengiz menyeru agar pihak berkuasa menyokong usaha Turki menyiasat kes tersebut. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan