Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trudeau gesa Iran serahkan rakaman, data kokpit pesawat malang Ukraine

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa Iran supaya menyerahkan perakam data penerbangan 

Anggaran Waktu Membaca:
Trudeau gesa Iran serahkan rakaman, data kokpit pesawat malang Ukraine

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Jan 2020 09:22AM Dikemas Kini : 18 Jan 2020 09:24AM

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menggesa Iran supaya menyerahkan perakam data penerbangan dan data kokpit pesawat Ukraine yang ditembak jatuh kepada Perancis untuk dianalisis.

Encik Trudeau berkata demikian dalam satu sidang media di Ottawa.

Menurut perdana menteri Kanada itu, Perancis adalah antara negara yang berkeupayaan untuk mentafsir data yang diperolehi daripada kotak hitam pesawat berkenaan.

Perdana Menteri Kanada itu turut mendedahkan bahawa jasad para mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut akan dibawa pulang ke Kanada tidak lama lagi.

Ini selepas kedua-dua menteri luar Kanada dan Iran mengadakan pertemuan di Oman untuk membincangkan siasatan terhadap nahas yang mengorbankan 176 orang, termasuk 57 rakyat Kanada.

Namun begitu, Encik Trudeau bertegas Iran harus menanggung padah atas kesilapannya.

Sebelum ini, Encik Trudeau sudah mengatakan bahawa beliau akan menuntut keadilan bagi mereka yang terkorban dalam nahas udara di Iran itu. 


Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan