Images
  • turdeau
    (Gambar: GEOFF ROBINS/AFP)

Trudeau beri amaran kepada Iran; tuntut keadilan bagi mangsa nahas udara

EDMONTON: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menegaskan bahawa beliau akan menuntut keadilan bagi mereka yang terkorban dalam nahas udara di Iran pada Ahad (12 Jan).

Iran mengaku tersilap menembak jatuh sebuah pesawat Ukraine Rabu lalu, mengorbankan 176 nyawa, termasuk sekurang-kurangnya 57 warga Kanada berketurunan Iran, dalam tragedi paling dahsyat yang mengakibatkan korban jiwa begitu besar dalam sejarah Kanada sejak 40 tahun lalu.

"Anda mungkin berasa teramat keseorangan, tetapi anda tidak seorang diri. Seluruh negara berdiri teguh bersama anda, hari ini, esok, dan tahun mendatang," kata Encik Trudeau kepada seramai 2,300 penonton di gimnasium di Edmonton, Alberta, yang merupakan tempat tinggal seramai 13 mangsa. Ramai daripada mereka mempunyai hubungan langsung dengan Universiti Alberta.

"Tragedi ini tidak sepatutnya berlaku, dan saya ingin memastikan anda mendapat sokongan penuh saya sepanjang tempoh yang teramat sukar ini... anda sudah memberikan kami matlamat untuk menuntut keadilan bagi anda," kata Encik Trudeau, yang menegaskan bahawa Kanada turut menuntut hak untuk menyiasat nahas itu.

- Agensi berita/NA/na

Top