Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Trak dicuri rempuh beberapa kereta di Jerman, 16 cedera

Sebuah trak yang dicuri merempuh beberapa kereta di tengah bandar Limburg pada Isnin (7 Okt) menyebabkan beberapa orang cedera. Menurut polis, pemandu trak tersebut sudah ditahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Trak dicuri rempuh beberapa kereta di Jerman, 16 cedera

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 12:30PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 12:31PM

JERMAN: Sebuah trak yang dicuri merempuh beberapa kereta di tengah bandar Limburg pada Isnin (7 Okt) menyebabkan beberapa orang cedera. Menurut polis, pemandu trak tersebut sudah ditahan.

"Berdasarkan apa yang kita tahu dan kenyataan saksi, lelaki itu mencuri trak itu pada sekitar pukul 5.20 petang," menurut kenyataan polis.

Tidak lama kemudian, trak itu merempuh beberapa kereta yang berhenti di lampu isyarat berhampiran stesen kereta api utama Limburg dan "meremukkan kesemuanya."

Menurut polis, "beberapa orang kini dirawat di hospital" dan pemandu trak yang ditahan itu cedera ringan.

Agensi berita Jerman DPA menukil polis daerah sebagai berkata 16 orang cedera termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Menurut polis, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi tentang motif kejadian.

"Buat masa ini kami tidak mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai latar belakang kejadian,"

"Proses siasatan termasuk menyoal saksi dan mengumpul bukti masih dijalankan," ujar polis.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan