Images
  • shooting
    Para pegawai polis New Zealand. (Gambar: AFP)

Tragedi solat Jumaat: 'Mayat terkujur depan mata saya,'' kata warga Malaysia terselamat

CHRISTCHURCH: Seorang warga Malaysia yang terselamat dalam insiden tembak menembak di Masjid Al Noor di daerah Deans Ave, Christchurch sewaktu solat Jumaat menceritakan bagaimana beliau menyelamatkan dirinya.

Encik Noor Hamzah, 54 tahun berkata sewaktu kejadian berlaku beliau dan beberapa individu lain bertempiaran lari keluar dari masjid, lapor NZ Herald Tribune.

Menurut NZ Herald Tribune, selepas berjaya keluar dari masjid, Encik Hamzah dan beberapa individu lain terpaksa menyorok di belakang beberapa buah kereta di Deans Ave.

Menurut Encik Noor Hamzah, dalam satu catatan Facebook, insiden berkenaan seolah-olah berlaku selama 20 minit dan berkata bahawa beliau mungkin tidak akan melupakan insiden itu seumur hidupnya.

Menurut Encik Noor Hamzah, yang berhijrah ke New Zealand pada awal tahun 80-an, beliau melihat mayat bergelimpangan di pintu masjid berkenaan dan mengakui amat terkejut dengan pembunuhan beramai-ramai yang melibatkan jemaah masjid di situ, lapor NZ Herald Tribune.

“Ini adalah bencana buat New Zealand, hari ‘hitam’ buat negara ini,” kata Encik Noor Hamzah, yang sewaktu ditemui jelas kelihatan darah terpalit di pakaiannya selepas beliau membantu mangsa-mangsa yang tecedera dalam trajedi itu.

“Saya tidak dapat membayangkan ini boleh terjadi. Tidak dapat saya bayangkan sama sekali,” katanya.

- Agensi berita/NA/na

Top