Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tong air zam-zam dikembalikan di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

Selepas hampir dua tahun, tong-tong air zam-zam dikembalikan di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Anggaran Waktu Membaca:
Tong air zam-zam dikembalikan di Masjidil Haram & Masjid Nabawi

Gambar: Agensi Media Saudi

Diterbitkan : 15 Sep 2021 04:46PM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 04:48PM

ARAB SAUDI: Selepas hampir dua tahun, tong-tong air zam-zam dikembalikan di kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Menurut Pejabat Presiden Ehwal Dua Masjid Suci Arab Saudi, ia sejajar dengan langkah berjaga-jaga mencegah COVID-19.

Untuk memastikan air zam-zam dalam tong-tong tersebut selamat untuk diminum dan bebas daripada pencemaran, contoh air diuji setiap hari menggunakan teknologi terkini.

Sistem terkini dimanfaatkan menggunakan sinaran ultra ungu bagi membunuh bakteria dan virus jika terdapat dalam air zam-zam.

Tong-tong air zam-zam sebelum ini mula dikeluarkan dari kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak bermulanya penularan COVID-19 pada awal 2020.

Sumber : Agensi berita/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan