Tokyo naikkan amaran bendung penularan COVID-19 ke paras tertinggi
Ibu kota Tokyo, Jepun menaikkan tahap amaran bendung penularan COVID-19 ke paras tertinggi.
TOKYO: Ibu kota Tokyo, Jepun menaikkan tahap amaran bendung penularan COVID-19 ke paras tertinggi.
Ini selepas jumlah kes baru COVID-19 naik ke paras lebih 500 buat julung-julung kalinya.
Menurut Perdana Menteri Jepun, negaranya kini pada tahap berjaga-jaga yang maksimum.
Encik Yoshihide Suga menyeru para penduduk Jepun agar memakai pelitup meskipun semasa makan di restoran.
Namun pihak berkuasa tidak mengumumkan perintah darurat atau langkah-langkah drastik untuk menyekat pergerakan orang ramai.
Menurut Gabenor Tokyo, jumlah jangkitan baru COVID-19 mungkin mencapai 1,000 kes dalam sehari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.