Images
  • tokyo covid-19
    (Gambar: AFP)

Tokyo lapor 472 kes baru COVID-19

TOKYO: Jumlah kes baru COVID-19 yang disahkan di Tokyo adalah sekitar 472 pada Sabtu (1 Ogos), yakni satu rekod baru, menurut saluran televisyen NHK menukil pegawai Tokyo.

Jumlah kes di ibu kota Jepun itu merupakan hari kedua berturut-turut jangkitan baru COVID-19 menjangkaui 400.

Meskipun Gabenor Tokyo Yuriko Koike berkata bandar itu mungkin akan mengisytiharkan keadaan daruratnya sendiri, kerajaan pusat menyatakan tidak perlu untuk melakukan sedemikian di seluruh negara meskipun terdapat lonjakan rekod di beberapa bandar merata negara itu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- Reuters/TQ/tq

Top