Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tokoh arkitek moden IM Pei meninggal dunia pada usia 102 tahun

Arkitek terkenal Amerika Syarikat, IM Pei, meninggal dunia pada usia 102 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Tokoh arkitek moden IM Pei meninggal dunia pada usia 102 tahun

Dilahirkan di China, IM Pei ialah arkitek Piramid Lourve yang terkenal di kota Paris. (Gambar: Pascal George/AFP)

Diterbitkan : 17 May 2019 09:21PM Dikemas Kini : 17 May 2019 09:27PM

PARIS: Arkitek terkenal Amerika Syarikat, IM Pei, meninggal dunia pada usia 102 tahun.

Dilahirkan di China, Pei adalah arkitek Piramid Lourve yang terkenal di kota Paris.

Bangunan-bangunan hasil seni binanya menambah keindahan kepada landskap-landskap di merata dunia dengan bentuk-bentuk geometrik dan ruang yang luas.

Di Singapura, mendiang ialah arkitek beberapa bangunan ikonik seperti Raffles City, Pusat OCBC dan dua bangunan Gateway di Beach Road.

SINGAPURA: THE GATEWAY (1990)

Menara kembar The Gateway yang terletak di persimpangan antara Beach Road dengan Rochor Road adalah antara salah satu reka bentuk paling ikonik yang dihasilkan oleh mendiang di Singapura.

Dibangunkan pada 1990, kompleks pencakar langit itu popular dengan garis tajam dan sudut yang menarik. Kedua-dua bangunan berbentuk segi empat selari itu terletak bertentangan satu sama lain, dengan sebuah plaza di antara kedua-duanya.

Menurut laporan Straits Times yang diterbitkan pada masa itu, kompleks bangunan setinggi 37 tingkat itu menelan belanja lebih 500 juta dolar.

Menurut laporan itu lagi, menara kembar itu dianggap sebagai pintu gerbang simbolik kepada pusat bandar Singapura.

PERANCIS: PIRAMID LOUVRE (1989)

Salah satu hasil reka bentuk Pei adalah piramid yang diperbuat daripada kaca, yang terletak di kawasan halaman Louvre, iaitu muzium paling dikunjungi di dunia.

Pada awalnya, ia mencetuskan kontroversi dan tidak disetujui ramai pihak di Perancis.

Namun, ia kini menjadi "satu simbol kemodenan muzium tersebut dan lambang bandar Paris di merata dunia," kata Presiden Louvre Jean-Luc Martinez pada 2017.

Dibuka kepada oranga awam pada 1989, struktur gergasi itu merupakan laluan masuk baru bagi jumlah pengunjung yang kian meningkat.

Hasil seni bina Pei itu menghubungkan tiga sayap muzium yang menempatkan pelbagai galeri bawah tanah, dengan sinaran cahaya dipancarkan melalui piramid yang diperbuat daripada kaca dan keluli.

"Pei membayangkan dewan yang tertelak di bawah piramid itu sebagai ruang antara bandar tersebut dengan koleksi muzium, satu penghubung antara dunia luar dengan karya-karya," kata Encik Martinez.

QATAR: MUZIUM SENI ISLAM (2008)

"Seni bina Islam tradisional bertemu abad ke-21," itulah gambaran muzium itu tentang bangunan tersebut, yang menggabungkan corak geometrik dan dinyalakan oleh pemantulan cahaya dari langit.

Pada 2008, Pei memberitahu akhbar The New York Times bahawa beliau ingin muzium berkenaan untuk merangkumi "asas-asas seni bina Islam". Malah, mendiang turut meluangkan masa berbulan-bulan untuk mengembara ke rantau itu bagi mendapatkan inspirasi.

"Islam adalah satu agama yang tidak saya kenali," katanya. "Oleh itu, saya mempelajari kehidupan Muhammad, saya menjelajah ke Mesir dan Tunisia."  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan