Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tok Pa keluar UMNO 'tidak memeranjatkan', sindir Muhyiddin

Keputusan Encik Mustapa Mohamed meninggalkan UMNO tidak memeranjatkan, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin.

Anggaran Waktu Membaca:
Tok Pa keluar UMNO 'tidak memeranjatkan', sindir Muhyiddin

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Sep 2018 07:39AM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 07:41AM

KUALA LUMPUR: Keputusan Encik Mustapa Mohamed meninggalkan UMNO tidak memeranjatkan, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata anggota Parlimen Jeli itu tahu UMNO sudah menjadi sebuah parti yang rosak dan sukar untuk dipulihkan.

Tambahnya, kerosakan yang dilakukan bekas Presiden UMNO Najib Razak sepatutnya membuka pintu hati pemimpin UMNO untuk meninggalkan parti itu.

"Walaupun tindakan yang diambil agak lewat tetapi ia belum terlambat. Saya percaya sebagai seorang yang berpengalaman dalam politik, Datuk Seri Mustapa telah memikirkan secara mendalam tindakannya untuk meninggalkan UMNO. Tindakan beliau adalah tepat dan wajar," kata Encik Muhyiddin menerusi catatan di laman Facebooknya pada Khamis (20 Sep).

Encik Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri turut berharap Encik Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok Pa akan terus menyumbang khidmat baktinya kepada negara.

Encik Mustapa mengumumkan keputusan keluar UMNO Selasa lalu selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti itu selepas hala tuju UMNO kini tidak selari dengan perjuangannya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan