Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TMJ mahu percepat pembaikan wad ICU Hospital Sultanah Aminah

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu proses pembaikian wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar dua tahun lepas hingga meragut enam nyawa pesakit, dipercepatkan.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ mahu percepat pembaikan wad ICU Hospital Sultanah Aminah

Tunku Mahkota Johor semasa lawatan ke Hospital Sultanah Aminah pada 1 Nov (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 Nov 2018 08:14AM Dikemas Kini : 02 Nov 2018 08:22AM

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu proses pembaikian wad Unit Rawatan Rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar dua tahun lepas hingga meragut enam nyawa pesakit, dipercepatkan.

Pengarah HSA, Dr Aman Rabu yang mengiringi TMJ melawat wad berkenaan pada Khamis (1 Nov) berkata hasrat itu dinyatakan beliau semasa lawatannya.

Beliau berkata kerja-kerja membaiki wad itu mengambil sedikit masa kerana Kementerian Kesihatan belum meluluskan peruntukan yang sewajarnya.

“Kita sudah memohon peruntukan selepas berlakunya kebakaran, tetapi ia bukan hanya untuk pembaikan malahan turut meliputi peralatan dan barang-barangan keperluan. Kita harap tahun ini, ada (peruntukan),” katanya kepada para wartawan ketika ditemui selepas lawatan itu.

Kebakaran pada 25 Oktober 2016 yang mengakibatkan kematian enam pesakit itu disahkan berpunca daripada kebakaran kapasitor lampu di bangunan berkenaan, yang menyebabkan percikan api dari kapasitor itu terkena bahan yang mudah terbakar, sebelum api menjadi marak dan tidak terkawal.

TMJ meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk meninjau keadaan wad itu serta beramah mesra dengan orang ramai.

Semasa lawatan itu, beliau turut berkenan menyerahkan sumbangan bagi membina taman permainan baru untuk kanak-kanak di hospital berkenaan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan