Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TMJ belanja orang ramai RM1 juta di Aeon Tebrau

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan besar di pasar raya Aeon Tebrau di Johor apabila membelanja kesemua pengunjung yang datang ke pasar raya berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
TMJ belanja orang ramai RM1 juta di Aeon Tebrau

Gambar: Johor Southern Tigers/Facebook

Diterbitkan : 12 Apr 2018 10:17AM Dikemas Kini : 12 Apr 2018 10:30AM

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kejutan besar di pasar raya Aeon Tebrau di Johor apabila membelanja kesemua pengunjung yang datang ke pasar raya berkenaan.

Malaysiakini melaporkan semalam (11 Apr) bahawa Tunku Ismail membelanja setiap seorang sehingga RM3,000 (S$1,000) untuk membeli barangan mereka. Secara keseluruhannya, RM1 juta (S$0.3 juta) diagih-agihkan beliau.

Menerusi sebuah video, pengunjung di pasar raya berkenaan dilihat berkerumun di sekeliling beliau yang ditemani isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam dan menyanyikan lagu "TMJ".

Tunku Ismail kemudian dilihat membawa alat pembesar suara dan memberi pesanan kepada orang ramai yang kelihatan teruja.

"Apa saja yang kamu mahu di pasaraya hari ini saya bayar," katanya.

Pengunjung kelihatan terkejut dan gembira dengan pengumuman tersebut.

Video dan gambar yang menjadi viral di laman sosial menunjukkan mereka beratur panjang di pasar raya berkenaan.

Malaysiakini melaporkan bahawa Tunku Ismail tiba sekitar jam 6.30 petang dan beliau membelanja pengunjung di pasar raya itu sehingga kira-kira jam 8.00 malam.

“SAYA BUKAN AHLI POLITIK”

Sementara itu sebuah catatan dimuat naik ke halaman Facebook Johor Southern Tigers yang turut berkongsi pemandangan di pasar raya itu.

Akaun Facebook itu turut berkongsi kenyataan Tunku Ismail yang berbunyi: "Saya bukan ahli politik. Saya tidak memerlukan undi tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor".

Tunku Ismail kembali menjadi perhatian mutakhir ini selepas beliau berkata tidak perlu menukar enjin sebuah kapal hanya kerana seorang nakhodanya bermasalah, yang secara jelas merujuk kepada senario politik semasa, menurut Malaysiakini.

Beliau juga menyuarakan kritikan terhadap pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad, meskipun tidak menyebutkan nama mantan perdana menteri itu.

Bagaimanapun, segelintir netizen menyatakan rasa kurang setuju mereka terhadap pandangan putera mahkota Johor itu.

Dalam satu kenyataan berasingan kemudian, Tunku Ismail menafikan beliau berpihak kepada mana-mana parti politik.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan