Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tinjauan: Gangguan seksual dianggap perkara biasa

Gangguan seksual merupakan ancaman keselamatan yang bukan sahaja diambil mudah, malah dianggap sebagai perkara biasa. Demikian menurut penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar.

Anggaran Waktu Membaca:
Tinjauan: Gangguan seksual dianggap perkara biasa

(Gambar fail)

Diterbitkan : 21 Feb 2018 10:00AM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 10:01AM

KUALA LUMPUR : Gangguan seksual merupakan ancaman keselamatan yang bukan sahaja diambil mudah, malah dianggap sebagai perkara biasa. Demikian menurut penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar.

Namun, hakikatnya, gangguan seksual merupakan satu perlakuan jenayah dan ia satu bentuk penderaan mental, kata Datuk Akhbar.

“Di Malaysia, kita dapati bahawa gangguan seksual tidak diambil berat kerana ia dianggap ia satu kesalahan yang biasa sahaja.

“Tetapi mereka lupa bahawa gangguan seksual ini merupakan salah satu bentuk penderaan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan dan boleh dibicarakan,” katanya seperti ditukil Astro Awani.

Datuk Akhbar merujuk kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Kemadanian Digital Tahunan Kedua (DCI).

Menurut Astro Awani, laporan itu menunjukkan 28 peratus rakyat Malaysia terdedah kepada gangguan seksual di Internet manakala 29 peratus responden mendakwa mangsa mengenali pesalah yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.

DCI turut mencatat 22 peratus rakyat Malaysia pernah dibuli dan 20 peratus pernah ditipu melalui internet.

Kajian melibatkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun manakala orang dewasa berusia 18 hingga 74 tahun, lapor Astro Awani.

Bagi Datuk Akhbar, masyarakat perlu bersuara dalam hal ini bagi mengelak ancaman siber menjadi semakin serius sehingga mengancam keselamatan.

Kajian Universiti Malaya yang melibatkan tinjauan sentimen di 12 kawasan Parlimen mendapati isu jenayah dan keselamatan adalah perkara kedua yang amat dikhuatiri ketika ini selepas isu gaji dan peluang pekerjaan.

Sementara itu, laporan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) pula menyatakan isu jenayah dan keganasan adalah isu keempat paling dikhuatiri rakyat Malaysia selepas isu kawalan imigresen, tadbir urus dan pengangguran. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan