Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tinggalan jasad lelaki hilang 22 tahun lalu dikesan Google Maps

Tinggalan jasad seorang lelaki yang dilaporkan hilang lebih dua dekad lalu di Florida, Amerika Syarikat ditemui dalam sebuah kereta yang tenggelam yang dapat dikesan oleh Google Maps.

Anggaran Waktu Membaca:
Tinggalan jasad lelaki hilang 22 tahun lalu dikesan Google Maps

Imej Google Maps menunjukkan kereta lelaki yang hilang pada 1997 terbenam di dalam tasik. (Gambar-gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 01:41PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 02:41PM

FLORIDA: Tinggalan jasad seorang lelaki yang dilaporkan hilang lebih dua dekad lalu di Florida, Amerika Syarikat ditemui dalam sebuah kereta yang tenggelam yang dapat dikesan oleh Google Maps.

William Moldt dilaporkan hilang dari Lantana di Florida pada 7 November 1997, menurut BBC.

Encik Moldt, yang pada masa itu berusia 40 tahun, tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kelab malam.

Polis melancarkan siasatan bagi mencari lelaki itu, namun ia tidak mendatangkan hasil.

Bagaimanapun pada 28 Ogos tahun ini iaitu 22 tahun selepas beliau dilaporkan hilang, polis menerima beberapa laporan mengenai sebuah kereta yang ditemui di dalam tasik di Moon Bay Circle, Wellington.

Tinggalan jasad yang ditemui dalam kereta yang terbenam ke dalam tasik itu disahkan milik Encik Moldt, lapor BBC.

Imej Google Maps, seperti di bawah, jelas menunjukkan sebuah kereta yang tenggelam di dalam tasik tersebut.

Apabila kereta itu ditarik keluar dari tasik itu, hanya rangka mayat ditemui. Difahamkan kereta Encik Moldt ditemui oleh seorang bekas penduduk yang melakukan carian di Google.

Kenderaan itu dipercayai dirakam oleh satelit Google Earth sejak 2007.

Pejabat Syerif Palm Beach County memberitahu BBC bahawa Encik Moldt dipercayai hilang kawalan ketika memandu, menyebabkan keretanya terjunam ke dalam tasik tersebut.

Keluarga Encik Moldt sudah dimaklumkan tentang penemuan itu. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan