Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tindakan AS memburukkan ketegangan dengan Iran punca pesawat ditembak - PM Kanada Trudeau

Penumpang pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines (UIA) yang ditembak Iran mungkin kini berada bersama keluarga mereka jika tidak kerana tindakan ketenteraan Amerika Syarikat memburukkan ketegangan dengan Tehran. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tindakan AS memburukkan ketegangan dengan Iran punca pesawat ditembak - PM Kanada Trudeau

(Gambar: AFP/Akbar TAVAKOLI)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 02:09PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 02:18PM

OTTAWA: Penumpang pesawat Boeing 737 milik Ukraine International Airlines (UIA) yang ditembak Iran mungkin kini berada bersama keluarga mereka jika tidak kerana tindakan ketenteraan Amerika Syarikat memburukkan ketegangan dengan Tehran.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, berkata demikian pada Isnin (13 Jan).

"Jika tidak kerana ketegangan yang memuncak itu di rantau itu, warga Kanada dalam pesawat terbabit kini akan berada bersama keluarga mereka,"kata Encik Trudeau dalam temu bual dengan stesen televisyen Global.

Beliau menambah masyarakat antarabangsa sememangnya "amat jelas menyatakan pendirian Iran harus hentikan pembangunan senjata nuklear".

“Pada masa sama, ketegangan di Timur Tengah juga berpunca daripada tindakan Amerika dan harus dikawal.”

Pesawat UIA itu ditembak jatuh peluru berpandu Iran sejurus berlepas dari Tehran, mengakibatkan semua 176 penumpang dan kru terbunuh termasuk 57 warga Kanada, kebanyakannya memiliki dua kerakyatan dengan turut memiliki pasport Iran.

Ketegangan Amerika-Iran memuncak sejak 3 Januari lalu berikutan serangan dron Amerika yang membunuh panglima tertinggi Iran, Qassem Soleimani, dekat lapangan terbang Baghdad.

Iran membalas dengan serangan peluru berpandu terhadap dua markas tentera Amerika di Iraq dan tidak lama selepas itu, unit Pengawal Revolusi Iran tersilap menembak pesawat UIA.

Presiden Hassan Rouhani mengakui sepenuhnya tragedi yang berlaku akibat "kesilapan manusia" dan berjanji mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke pengadilan.

Tragedi itu amat menjejaskan masyarakat Iran di Kanada, yang menempatkan diaspora terbesar dari negara itu di Amerika Utara dan berdasarkan bancian 2016, terdapat kira-kira 210,000 warga Kanada berketurunan Iran di sana.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan