Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Timbalan PM Australia, Barnaby Joyce menang kembali kerusi Parlimen

Meskipun kiraan kertas undinya belum selesai, Encik Joyce sedang mendahului dengan memperelohi 65 peratus undi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Dec 2017 06:38PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 09:30PM

AUSTRALIA: Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce memenangi kembali kerusinya di parlimen, sebulan selepas beliau terpaksa meletak jawatan berhubung tengkarah kerana mempunyai dua kerakyatan.

Encik Joyce sebelum ini memiliki kerakyatan Australia dan New Zealand.

Beliau memperolehi kerakyatan New Zealand secara automatik menerusi ayahnya.

Encik Joyce melepaskan kerakyatan New Zealand beliau untuk layak bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan undi New England, di wilayah New South Wales itu.

Meskipun kiraan kertas undinya belum selesai, Encik Joyce sedang mendahului dengan memperelohi 65 peratus undi.

Pesaingnya, David Ewings dari parti Buruh pula hanya meraih 11 peratus undi.

Kemenangan Encik Joyce melegakan kerajaan Perdana Menteri Malcolm Turnbull yang mempunyai majoriti amat kecil di dalam parlimen.

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan