Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Timbalan Menteri M'sia: Golongan LGBT harus didekati, dididik agar kembali kepada fitrah asal

Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seharusnya dibantu untuk kembali semula ke identiti asal dan bukannya membangkitkan isu untuk mengiktiraf hak golongan itu secara keseluruhan. Ini menurut Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar.

Anggaran Waktu Membaca:
Timbalan Menteri M'sia: Golongan LGBT harus didekati, dididik agar kembali kepada fitrah asal

Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar. (Gambar fail: Dato' Mahfuz Omar/ Facebook)

Diterbitkan : 12 Aug 2018 04:21PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 04:28PM

ALOR SETAR: Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seharusnya dibantu untuk kembali semula ke identiti asal dan bukannya membangkitkan isu untuk mengiktiraf hak golongan itu secara keseluruhan. Ini menurut Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar.

Beliau berkata daripada sibuk mengecam golongan LGBT dengan mengatakan mereka sebagai ancaman kepada masyarakat, tumpuan seharusnya diberi kepada usaha untuk mendekati dan mendidik golongan itu agar kembali kepada fitrah asal mereka.

“Saya fikir isu ini tidak harus dilihat dalam satu kerangka yang salah, kita harus melihat dalam konteks mendidik bagaimana nak bawa mereka balik kepada identiti yang biasa, yang sebenarnya, itu yang harus dilakukan.

“Dekati mereka (LGBT) secara lemah lembut, dan bawa sifat Rahmatan Lil 'Alamin (rahmat bagi seluruh alam semesta) kerana Islam agama yang sangat menghormati setiap manusia,” kata Encik Mahfuz yang juga timbalan menteri sumber manusia kepada para wartawan selepas merasmikan Hari Kecemerlangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Convent di Alor Setar, hari ini (12 Ogos).

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Encik Mujahid Yusof Rawa mengatakan bahawa golongan LGBT di Malaysia berhak menikmati hak yang sama sebagai warganegara ini dan mereka tidak seharusnya menghadapi diskriminasi dalam sebarang bentuk termasuk di tempat kerja.

“Kalau mereka (golongan LGBT) didiskriminasi dan dinafikan hak di tempat kerja, mereka boleh buat laporan,” kata Encik Mahfuz. 

Sumber : Bernama/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan