Images
  • md farid
    Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Md Farid Md Rafik, meninggal dunia pada 21 Sep 2019. (Gambar: Bernama)

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri M'sia meninggal dunia

PONTIAN: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Dr Md Farid Md Rafik, menghembuskan nafas terakhir sekitar 6.00 pagi tadi di Hospital Pontian dekat Pontian, Johor.

Pemergian Ahli Parlimen Tanjung Piai itu disahkan oleh Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor Mohd Solihan Badri.

"Beliau yang dimasukkan ke hospital pagi tadi dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung," kata Mohd Solihan ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham Md Farid, 42 tahun, adalah Naib Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat dekat Pontian untuk dikebumikan sebelum Zohor, menurut Mohd Solihan.

Md Farid memenangi kerusi parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng (MCA), dengan memperolehi 21,255 undi. 

- BERNAMA/FZ/fz

Top