Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tillerson tiba di Myanmar; timbulkan isu kekejaman Rakhine

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson tiba di Myanmar untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Angkatan Bersenjata Myanmar lewat hari ini (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Nov 2017 08:36PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 09:27PM

NAY PYI TAW, Myanmar: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson tiba di Myanmar untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Angkatan Bersenjata Myanmar lewat hari ini (15 Nov).

Semalam (14 Nov), Encik Tillerson membincangkan isu tersebut dengan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, di luar sidang ASEAN di Manila.

Washington menyatakan bahawa Cik Aung San Suu Kyi memainkan peranan yang penting bagi menangani krisis berkenaan tetapi setakat ini bertindak berjaga-jaga dalam menuding jari ke tenteranya yang dituduh Encik Tillerson sebagai bertanggungjawab atas kekejaman di Rakhine.

Justeru, Myanmar terus menerima tekanan antarabangsa mengenai tindak tanduknya di Rakhine.

Baru-baru ini, para senator Amerika Syarikat mendesak agar sekatan-sekatan dikenakan terhadap Myanmar.

Duta Khas Setiausaha Agung Pertubuhuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula merancang untuk menimbulkan isu tindakan kekerasan tentera Myanmar itu di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan