Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tikus, anak musang, haiwan eksotik dijual di pasar makanan laut Wuhan

Pelbagai haiwan liar eksotik dari anak serigala kepada spesis musang yang dikaitkan dengan penularan wabak-wabak sebelum ini dijual di pasar di mana jangkitan virus korona Wuhan dikesan, demikian menurut maklumat daripada penjual dan laporan media China.

Anggaran Waktu Membaca:
Tikus, anak musang, haiwan eksotik dijual di pasar makanan laut Wuhan

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 23 Jan 2020 12:51PM Dikemas Kini : 07 Feb 2020 04:53PM

SHANGHAI: Pelbagai haiwan liar eksotik dari anak serigala kepada spesis musang yang dikaitkan dengan penularan wabak-wabak sebelum ini dijual di pasar di mana jangkitan virus korona Wuhan dikesan, demikian menurut maklumat daripada penjual dan laporan media China.

Pasar Makanan Laut Huanan di Wuhan kini mendapat perhatian dunia pada Rabu (22 Jan) sedang pihak berkuasa China menyatakan virus yang sejauh ini meragut nyawa 17 orang dan menjangkiti ratusan lagi penduduk mungkin berpunca daripada haiwan-haiwan liar yang dijual di pasar berkenaan.

Penularan wabak-wabak yang membawa maut sebelum ini dikaitkan dengan haiwan-haiwan liar. Misalnya, wabak SARS dikaitkan dengan amalan penduduk China memakan daging sejenis musang, yang berpotensi memalukan pihak berkuasa China jika punca penularan wabak baru-baru ini disebabkan oleh kawalan tidak ketat terhadap penyeludupan dan pemerdagangan haiwan liar.

Satu senarai harga yang tersebar di Internet di China bagi sebuah perniagaan di pasar Wuhan menyenaraikan pelbagai haiwan yang dijual termasuk serigala hidup, buaya, anak musang, sejenis cicak besar, ular, tikus, burung merak - yang secara keseluruhannya sebanyak 112 jenis haiwan.

"Disembelih, dibekukan dan dihantar ke rumah anda," bunyi senarai harga bagi salah sebuah syarikat penjual itu.

Pengarah bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit China menyatakan di Beijing pada Rabu (22 Jan) bahawa pihak berkuasa percaya virus itu mungkin berpunca daripada "haiwan-haiwan liar di pasar makanan laut" meskipun punca sebenar masih belum dapat ditentukan.

China mengharamkan penyeludupan sejumlah spesies haiwan liar atau memerlukan lesen-lesen khas, namun peraturan agak longgar bagi sesetengah spesies jika ia diternak secara komersil.

Sejumlah penghidap awal virus itu yang kini dikenali sebagai 2019 Novel Virus Corona (2019-nCoV), adalah pekerja di pasar tersebut.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan