Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tikaman Melbourne 'tindakan pengganasan'; suspek mati di hospital

Polis Australia hari ini (9 Nov) menyifatkan tindakan seorang lelaki rakyat Somali menikam tiga orang di pusat bandar Melbourne sebagai tindakan pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2018 08:23PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 10:44PM

MELBOURNE: Polis Australia hari ini (9 Nov) menyifatkan tindakan seorang lelaki rakyat Somali menikam tiga orang di pusat bandar Melbourne sebagai tindakan pengganasan.

Seorang terbunuh selepas lelaki berkenaan merempuh keretanya sebelum menyerang orang ramai dengan pisau.

Lagi dua orang cedera dalam kejadian itu yang berlaku semasa waktu sibuk petang tadi di kawasan pusat bandar Melbourne.

Menurut polis, lelaki Somalia itu memandu sebuah kereta berisi tong-tong gas yang kemudian terbakar sebelum melancarkan serangan tikaman tersebut.

Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah lelaki itu yang kemudian mati di hospital.

Khidmat tram di sepanjang kawasan terjejas digantung buat sementara waktu.

Pihak polis sedang menyiasat kejadian itu sebagai tindakan pengganasan. 

Sumber : Reuters/AFP/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan