Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tiga suspek pengganas diberkas di Indonesia

Pihak polis Indonesia menangkap sekurang-kurangnya tiga orang yang disyaki pengganas, dalam siri serbuan di Kalimantan dan Sumatera pada Isnin (13 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Aug 2018 10:54PM Dikemas Kini : 13 Aug 2018 11:04PM

INDONESIA: Pihak polis Indonesia menangkap sekurang-kurangnya tiga orang yang disyaki pengganas, dalam siri serbuan di Kalimantan dan Sumatera pada Isnin (13 Ogos).

Salah seorang lelaki yang disyaki pengganas itu ditangkap dalam serbuan polis di rumahnya di Palangkaraya, Kalimantan.

Para anggota unit antipengganas polis juga merampas beberapa barang yang dipercayai bahan letupan.

Polis belum memberikan butiran lanjut mengenai serbuan tersebut, namun lelaki berkenaan dipercayai seorang kakitangan awam.

Di Padang, Sumatera Barat pula unit antipengganas melakukan serbuan ke atas beberapa rumah di sebelah pagi.

Dua orang yang disyaki, ditangkap di dua rumah berbeza.

Namun pemilik salah sebuah rumah itu berjaya melarikan diri sebelum ketibaan pasukan polis.

Hasil penggeledahan yang dilakukan, para anggota unit antipengganas menyita sejumlah barang termasuk komputer, telefon dan buku.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan